Meghan Trainor umum pertunangan

PENYANYI, Meghan Trainor, 24 tahun mengumumkan pertunangannya bersama pelakon filem Spy Kids, Daryl Sabara, 25 tahun lapor E New!

Penyanyi yang popular dengan lagu 'All About That Bass' mengumumkan berita itu menerusi laman Instragram miliknya.

Momen pertunangan mereka lebih istimewa apabila Sabara melamar tersebut semasa hari lahir Trainor.

"Saya kata ya! Untuk hari lahir saya yang ke 24 ini, cinta hati saya membuatkan semua impian saya jadi kenyataan.

"Dia melamar saya di dalam terowong yang dipenuhi dengan lampu krismas serta dengan kehadiran ahli keluarga dan teman rapat.

"Saya masih terkejut dan berasa sangat gembira! Terima kasih Daryl dan lain-lain kerana membuatkan saya rasa seperti seorang puteri," tulisnya.

Pasangan tersebut, mula berpacaran sejak Julai 2016.
Meghan Trainor umum pertunangan Meghan Trainor umum pertunangan Reviewed by Kakigosip on 06:19:00 Rating: 5
Powered by Blogger.