Malu Tengok Aurat Sendiri

Baru-baru ini pelakon Norkhiriah menerusi Instagram miliknya ada meninggalkan komen meminta stesen televisyen tidak lagi mengulang siar drama lakonannya selain perkara berkaitan ketika dia belum menutup aurat.



Lapor mStar online, Norkhiriah berkata beliau berharap permintaannya itu tidak disalaherti.

Jelasnya, dia meluahkan permintaan itu kerana dia berasa takut akan dosa yang perlu ditanggung apabila orang lain melihatnya dalam keadaan tidak menutup aurat.

"Maafkan saya andai kata permintaan itu di luar kemampuan yang tidak sepatutnya dan andai ada terasa hati.

"Itu aurat saya, dosa saya... Saya mungkin tiada hak untuk menyekat tetapi dengarlah suara hati saya.

"Saya belum sempurna namun saya takut akan murka Allah daripada murka manusia," kata pelakon drama Bedah Tong Gas ini.

Dalam pada itu, Norkhiriah mengaku, dia sendiri berasa malu melihat penampilannya sebelum ini namun sedar ia adalah satu proses pembelajaran.

"Saya sendiri tengok aurat saya, Masya-Allah kenapalah begitu rupanya tapi bila difikirkan tiada salah tak datang betulnya.

"Ketika rambut saya mengerbang, maafkan saya. Saya jahil lagi hina, saya pendosa yang ingin ke syurga.

"Kata orang yang lama jangan dikenang maka harap tiada lagi yang diulang tayang selepas ini," ujarnya
Malu Tengok Aurat Sendiri Malu Tengok Aurat Sendiri Reviewed by Kakigosip on 11:16:00 Rating: 5
Powered by Blogger.