Makin Akrab, Raline Shah Bawa Ibu Jumpa Seungri

Hubungan rapat antara aktres dan model Indonesia, Raline Shah dan anggota kumpulan BigBang iaitu Seungri sekali lagi mendapat perhatian sekaligus menjadi bualan hangat peminat KPop sejak beberapa hari lalu.

Baru-baru ini Raline Shah pergi bercuti ke Jepun dan sempat menonton konsert BigBang yang berlangsung di Kyocera Dome, Osaka, minggu lalu.

Tidak hanya datang seorang, bintang filem Syurga yang Tak Dirindukan itu turut ditemani ibunya. Menerusi Insta-story, Raline memuat naik foto ketika ibunya bertemu dengan Seungri. Keduanya berpelukan mesra dan tersenyum.

"Good host right here," tulis Raline Shah untuk kapsyen foto tersebut.

..

Foto berkenaan mendapat pelbagai reaksi gembira dan komen bertapa bertuahnya ibu Raline mendapat kesempatan bertemu dengan anggota paling muda BigBang itu.

Kemesraan Raline dan Seungri mula diperkatakan sejak beberapa sejak kebelakangan ini selepas mereka sering memuat foto bersama di Instagram masing-masing. Pada 12 Disember lalu, Raline antara tetamu istimewa yang diundang ke majlis sambutan hari jadi Seungri yang diraikan di Pulau Pamalican, Filipina.

Makin Akrab, Raline Shah Bawa Ibu Jumpa Seungri Makin Akrab, Raline Shah Bawa Ibu Jumpa Seungri Reviewed by Kakigosip on 11:49:00 Rating: 5
Powered by Blogger.