Berita Terkini
recent

Makan angin kenali warisan

Berkonsepkan pengenalan dan penghargaan warisan tempat serta bangunan bersejarah, Radio Televisyen Malaysia (RTM) tampil dengan program televisyen berkonsepkan travelog baru berjudul Tiang Dimensi.

Lari daripada kebiasaan, Hana Ismail selaku hos akan mengunjungi dan mengupas sejarah bangunan lama di Malaysia selain melihat keindahan seni bina serta mengimbau kembali fungsi sesebuah bangunan dari dahulu sehingga sekarang.

Program ini akan bersiaran menerusi TV1 setiap Isnin hingga Rabu, jam 11.30 malam bermula Selasa ini. Penonton akan dibawa menjelajah seluruh Semenanjung Malaysia dan berpeluang menambah pengetahuan berkaitan latar belakang sesebuah tempat mahupun premis.

Jurnal pengembaraan pertama membawa penonton singgah di Terengganu untuk menghayati keunikan Bukit Puteri, Kuala Terengganu, Rumah Losong 70 Tingkap dan Kota Lama Duyong. Perjalanan diteruskan ke Pulau Pinang untuk menghayati keunikan Penang Buddhist Temple Assosiation, Penang Peranakan Mansion dan Rumah Agam Cheong Fatt Tze.

Kunjungan ke pantai timur tidak kurang menariknya, singgah di Pahang Darul Makmur untuk menghayati keindahan seni bina Muzium Sungai Lembing, Muzium Masjid Sultan Abdullah dan Muzium Sultan Abu Bakar.

Seterusnya ke Kelantan untuk menghayati keunikan Masjid Muhamadi Kota Bharu, Istana Jahar dan Muzium Islam Kota Bharu. Melengkapkan kembara di Kelantan dengan menghayati keunikan Bank Kerapu, Muzium Istana Batu dan Masjid Kampung Laut.


Selain itu, Hana juga membawa penonton mengembara ke Taiping, Perak untuk menghayati keunikan Muzium Perak, Menara Jam Taiping dan Kereta Api Lama sebelum diteruskan menghayati keunikan Sekeping King Heng, Kelab Diraja Ipoh dan 27@Concubine.

Tak kenal maka tak cinta, kembara diteruskan mengunjungi Negeri Sembilan untuk menghayati keunikan Masjid Jamek Seremban, Istana Diraja Seri Menanti dan Rumah Telapak.

Kembara singgah di Melaka untuk menghayati keunikan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Bangunan Stadthuys dan Villa Sentosa. Selain itu, tidak lengkap kunjungan ke kota bersejarah itu jika tidak ke Muzium Seni Bina, Muzium Baba Nyonya dan Rumah Demang Abdul Ghani.

Mengembara ke Johor untuk menghayati Bangunan Sultan Ibrahim, Muzium Tokoh dan Galeri Seni. Turut disiarkan perkongsian menarik di Homestay Popchuco, Muzium Sekolah Tinggi Muar dan Bangunan Pejabat Daerah Muar.

Akhir sekali pengacara berpeluang berkongsi keunikan di Selangor untuk menghayati keindahan Masjid Al Mushinin, Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz dan Istana Jugra.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.