Lorde batal konsert di Israel

PEMENANG Anugerah Grammy, Lorde memutuskan untuk membatalkan konsertnya di Tel Aviv berikutan menyokong gerakan boikot diversiti dan sekatan (BDS) terhadap Israel lapor CNN.

Pihak penganjur, Eran Arielli mengesahkan pembatalan tersebut menerusi status di laman Facebooknya.

"Sejujurnya, saya agak naif memikirkan seorang selebriti umur sepertinya boleh tahan tekanan melibatkan konsertnya di Israel. Di sini, saya mengambil tanggungjawab penuh memohon maaf kepada peminat.

"Saya tiada sebarang masalah dengan dia (Lorde) dan pandangan saya terhadap penyanyi itu tetap tidak berubah," jelasnya lagi.

Terdahulu, aktivis Palestin, Nadia Abu-Shanab menulis surat terbuka kepada penyanyi 'Royal' itu meminta agar membatalkan konsertnya di Tel Aviv berikutan pengumuman Presiden Amerika Syarikat, Donald mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

"Dalam konteks ini, membuat persembahan di Israel bakal menghantar mesej yang salah serta dilihat seperti memberi sokongan kepada dasar-dasar kerajaan Israel, walaupun anda tidak terlibat atau memberikan komen mengenai politik," tulisnya.

Dalam pada itu, Lorde memberikan komen terhadap surat terbuka tersebut menerusi laman Twitternya.

"Ambil maklum, saya sudah membincangkan perkara ini dengan ramai orang dan memikirkan segala pilihan yang ada.

"Terima kasih kerana menasihati saya," tulisnya.
Lorde batal konsert di Israel Lorde batal konsert di Israel Reviewed by Kakigosip on 05:42:00 Rating: 5
Powered by Blogger.