Live Video Disekat, Iqram Anggap Ada Pihak Dengki

Aktor kontroversi, Iqram Dinzly menganggap ada pihak yang menyimpan perasaan hasad dengki terhadapnya sehingga membuatkan aplikasi Live Video (LV) miliknya disekat.

Memetik laporan Harian Metro, Iqram berkata dia hanya menyedari perkara itu tiga hari lalu dan tetap mencuba namun masih gagal.

"Saya yakin, ada menyimpan hasad dengki dan melaporkan mengenai video-video ‘live’ saya sebelum ini sekaligus membuatkan Instagram menyekat aplikasi LV di Instagram saya.

"Untuk memuat naik gambar dan Instagram Stories di Instagram saya tak ada masalah. Saya sedar LV saya disekat sejak tiga hari lalu dan hari ini, saya sekali lagi cuba merakam video, tapi tak berjaya,” katanya.

..

Tidak menuduh sesiapa sebaliknya dia menganggap ia sebagai cabaran untuk saya teruskan perjuangan saya dengan WAR369.

"WAR369 adalah perjuangan saya dalam memartabatkan warisan seni, budaya dan adat resam. Apa yang saya lakukan selama ini adalah untuk melihat mentaliti masyarakat kita hari ini,” katanya.

Live Video Disekat, Iqram Anggap Ada Pihak Dengki Live Video Disekat, Iqram Anggap Ada Pihak Dengki Reviewed by Kakigosip on 21:12:00 Rating: 5
Powered by Blogger.