Lindsay Lohan Tak Bayar Cukai Pendapatan RM400,000

Bintang kontroversi Hollywood, Lindsay Lohan dilaporkan tidak membayar cukai pendapatan yang kini terkumpul sebanyak AS$100,000 (RM400,000).

Menurut majalah People, bintang Mean Girls itu gagal melunaskan cukai pada tahun 2010, 2014 dan 2015.

Pada tahun berkenaan, dia membintangi filem Machete selain membuat kemunculan dalam siri 2 Broke Girls dan program realiti, Lindsay.

Lindsay dikatakan gagal membayar cukai hasil daripada pendapatan yang diraih daripada projek berkenaan.

Pelakon bermasalah itu kini tidak tinggal di Amerika sebaliknya memilih London dan Dubai sebagai rumah keduanya.
Lindsay Lohan Tak Bayar Cukai Pendapatan RM400,000 Lindsay Lohan Tak Bayar Cukai Pendapatan RM400,000 Reviewed by Kakigosip on 11:23:00 Rating: 5
Powered by Blogger.