Latiff Borgiba meninggal dunia

PELAKON veteran, Latiff Borgiba atau nama sebenarnya, Abdul Latiff T. K. Gomu Kakah meninggal dunia akibat sakit tua, di kediamannya, hari ini.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 80 tahun.

Menurut anaknya, Ab Uzza Ab Latiff yang merupakan jurukamera di Astro Awani, arwah bapanya ada mengalami kekejangan pada awal pagi semalam.

Bagaimanapun, katanya, anak-anaknya juga sempat datang melawat Allahyarham, di kediamannya, malam tadi.

“Bapa saya kelihatan stabil dan masih boleh berkomunikasi dengan anak-anaknya ketika kami datang melawat.

"Ayah sudah lama menghidap sakit tua," katanya seperti yang dipetik daripada Astro Awani.

Dilahirkan di Bangkok, Thailand, Latiff yang berhijrah ke Kuala Lumpur pada 1946 meninggalkan seorang balu, Fatimah Leman dan 16 anak.

Sepanjang hayatnya di dalam dunia seni, Allahyarham sangat sinonim dengan watak-watak antagonis dalam filem serta drama yang diterbitkan sejak 1960-an.

Latiff pernah melakonkan beberapa buah filem termasuk Dang Lenggang, Ribut di Hujung Senja dan Anakku Suamiku.

Antara produksi televisyen yang pernah dibintanginya termasuklah drama 13 episod berjudul, Tekukur Tak Berbunyi Lagi.

Jenazah dijadualkan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Taman Ibu Kota, Setapak, jam 10 malam ini.

Latiff Borgiba meninggal dunia Latiff Borgiba meninggal dunia Reviewed by Kakigosip on 20:27:00 Rating: 5
Powered by Blogger.