Berita Terkini
recent

Lan Solo tak ubah pendirian

BEKAS vokalis Kristal, Mohd Razlan Mohamed Yusof, 32, nafi kembali bersama kumpulan itu dan tetap dengan pendirian tampil solo selepas program Gegar Vaganza musim keempat (GV4) berakhir.

Jelasnya ditemui, hari ini, dia tahu ramai peminat kumpulan yang pernah dianggotainya itu keliru apabila pihak syarikat rakaman MVM Production mengedarkan single terbaru Kristal, Luahan Hati dan menampilkan dirinya dalam klip video yang kini dimuat naik di laman Youtube.

Razlan atau kini dikenali sebagai Lan Solo berkata dia hanya membantu pihak MVM Production mempromosikan single dihasilkan Kristal sewaktu bernaung di bawah syarikat rakaman terbabit.

“Sebenarnya projek lagu terbaru Luahan Hati itu dibuat sebelum Kristal tamat kontrak dengan MVM Production. Kebetulan sewaktu klip video lagu terbaru itu dibuat semua anggota kumpulan Kristal mempunyai komitmen lain.

“Sedangkan dalam waktu sama hanya saya tidak mempunyai apa-apa komitmen jadi apa salahnya saya bantu MVM Production dengan menjayakan klip video itu,” katanya.

Kata Lan lagi dia faham, sebaik saja lagu itu diedar dan klip video Luahan Hati dimuat naik di laman sosial ramai pihak keliru.

Biarpun lagu itu diedarkan selepas kontrak tamat dia tidak keberatan bekerjasama dengan MVM Production dengan niat mahu membalas jasa, memandangkan syarikat rakaman itu banyak menyumbang dalam kerjaya seni Kristal.

Kata Lan lagi, selepas ini dia akan menumpukan perhatian kepada projek solo yang akan dilaksanakan pasukan kerjanya sendiri.

Dia belum membuat perancangan atau memutuskan untuk bernaung dengan mana-mana syarikat rakaman.

Final GV4 berakhir pada di Pinewood Studio, Iskandar Puteri, Johor Bahru, kelmarin.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.