Lan Akui Tak Mudah Lupakan Kristal

Bekas vokalis kumpulan Kristal, Lan mengaku berat hatinya untuk berpisah dengan anggota Kristal yang lain kerana masing sayangkan hubungan persahabatan mereka yang mencecah hampir 20 tahun.

Namun dia terpaksa akur dengan hakikat itu dan perlu meneruskan perjuangan dalam dunia seni demi kelangsungan portfolio sebagai penyanyi.

"Saya sayangkan Kristal. Kalau tidak percaya, dalam beg duit masih ada lagi gambar Kristal dan di cermin kereta juga masih ada pelekat Kristal.

"Mana mungkin hampir 20 tahun bersama, saya dengan mudah melupakan mereka. Saya masih ingat dulu kami berkongsi bilik tidur dan bantal bersama. Hubungan kami rapat seperti adik-beradik. Namun apabila isu ini timbul, lebih baik saya buat haluan sendiri," katanya seperti yang dilaporkan Kosmo!

Tidak pernah terlintas di dalam hatinya untuk meninggalkan Kristal mahupun menjadikan penyertaannya dalam program Gegar Vaganza (GV4) sebagai jalan untuknya bergerak solo. Sebaliknya penyertaannya itu kerana mahu menguji kemampuan diri yang hanya memakan masa sekitar lapan minggu.

"Saya tidak pernah berniat untuk keluar daripada Kristal. Penyertaan saya dalam GV4 secara solo sampai bulan Disember sahaja dan saya minta pemahaman daripada mereka, namun lain yang jadi,” terang Lan.

Menyifatkan pengundurannya dari kumpulan itu umpama orang yang berkahwin dab bercerai talak satu dan buat masa ini dia mahu fokus sebagai artis solo.

"Macam orang berkahwin, pengunduran saya daripada Kristal boleh diibaratkan hanya talak satu. Namun, saya tidak boleh menjanjikan apa-apa.

Kita tengoklah rezeki pada masa akan datang bagaimana. Apa pun, saya doakan yang terbaik untuk Kristal dan saya pula perlu fokus dengan perjalanan sebagai artis solo selepas ini," katanya.
Lan Akui Tak Mudah Lupakan Kristal Lan Akui Tak Mudah Lupakan Kristal Reviewed by Kakigosip on 17:36:00 Rating: 5
Powered by Blogger.