Konsert Sheila On 7 2018 di Malaysia

BAGI peminat setia Sheila On 7, berita baik untuk anda kerana kumpulan hebat ini akan mengadakan konsert di Kuala Lumpur pada 10 Februari 2018 (Sabtu) di StarXpo Hall, KWC Fashion Mall, Kuala Lumpur pada jam 8.30 malam. 

Brian, Eros, Duta dan Adam akan muncul dalam konsert, 'SHEILA ON 7 - LIVE IN KUALA LUMPUR 2018'.

Dalam konsert ini, mereka akan mempersembahkan repertoire daripada lagu popular seperti Sephia, Pria Kesepian Melompat Lebih Tinggi,  Seberapa Pantas  dan banyak lagi. 

Konsert ini bertujuan merai sokongan ribuan peminat setia mereka di Malaysia dan sekitar rantau ini.

Tiket-tiket dijual dengan harga RM 315 (Meet & Greet), RM215 (Diamond), RM165 (Platinum), RM125 (Gold) dan RM85 (silver). Tiket  mula dijual mulai 21 Disember 2017 di www.mytickets.asia.

Diskaun sebanyak 15 peratus disediakan untuk 250 pembeli tiket pertama (tidak termasuk tiket Meet & Greet).

Peminat setia Sheila On 7 akan berpeluang  bertemu mereka melalui pembelian tiket Meet & Greet dan mendapat barangan percuma.

SHEILA ON 7 - LIVE IN KUALA LUMPUR 2018 dianjurkan No Fear Sdn Bhd & Shiraz Projects Sdn Bhd.

Konsert Sheila On 7 2018 di Malaysia Konsert Sheila On 7 2018 di Malaysia Reviewed by Kakigosip on 05:45:00 Rating: 5
Powered by Blogger.