Berita Terkini
recent

Konsert Metal Legends Cromok–XPDC Live In Concert


BUAT kali pertama, dua kumpulan rock legenda tempatan, XPDC dan Cromok berkongsi pentas menerusi konsert Metal Legends Live In Concert yand akan diadakan di Maeps, Serdang pada 3 Februari 2018 bermula jam 8.30 malam .

Cromok adalah kumpulan perintis muzik thrash metal tempatan dan sudah 31 tahun dalam industri.

Dianggotai Sam pemain bes dan vokal, Karl (gitar) dan Miji (dram) Cromok dikenali dengan lagu Another You, I Do Not Belong Here, Misty dan Memories.

Menurut Karl, mereka anggap konsert ini pengubat kerinduan peminat terhadap muzik Cromok.

“Dah lama kami tidak beraksi di konsert. Jadi, menerusi konsert ini, bukan kami saja dapat ubati kerinduan untuk beraksi tetapi peminat juga dapat sama-sama mengenang kembali memori,” katanya.

Sementara XPDC yang beraksi selama 28 tahun dalam industri seni menyatakan keterujaan mereka.

“Kami sendiri tak sabar nak beraksi bersama-sama Cromok,” kata Zuar yang juga pemain bes XPDC.

Tiket sudah dijual di www.ilassoticket.com dengan harga RM68 (trash zone), RM120 (hardcore zone) dan RM250 (VIP & backstage zone).

Tiket-tiket juga dijual di XPDC Kita Peng Yu Shop (Uptown Kota Damansara) dan XPDC Bundle & Alteration Jeans (Kajang).

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.