Berita Terkini
recent

Konsert Kali Ke-4 Incubus di KL 13 Februari 2018

Berkunjung lagi ke Malaysia selepas kali terakhir pada tahun 2011, ikon Rock Alternatif dari Calabasas, California, Incubus, bakal mengadakan konsert pada 13 Februari tahun depan.



Konsert diberi nama Incubus Live di Kuala Lumpur 2018 akan diadakan di KL Live. Kuala Lumpur merupakan persinggahan negara yang kedua buat kumpulan yang sudah lebih dua dekad bertapak dalam arena muzik antarabangsa ini.

Dianjurkan oleh IME Malaysia bekerjasama dengan TuneTalk, kumpulan yang sudah lebih dua dekad bertapak dalam arena muzik antarabangsa ini menjadikan Kuala Lumpur sebagai persinggahan kedua sempena konsert jelajah Asia mereka kali ini.

Tiket-tiket sudah pun dijual mulai 1 Disember lalu menerusi talian www.ticketcharge.com.my. Harga tiket Incubus Live di Kuala Lumpur 2018 Malaysia bermula dengan harga RM238 (Early Bird) dan RM268 (Normal). Semua harga tiket termasuk 6% GST tetapi tidak termasuk bayaran pemprosesan RM4.

Selain pembelian secara online, peminat juga boleh mendapatkan tiket di outlet Speedy Video, Corner Rock, Muzik Chambers, pejabat TicketCharge KL, PJ Live Arts, serta di kaunter maklumat pusat membeli-belah The Mines dan 1 Shamelin. Manakala lokasi jualan tiket di luar Kuala Lumpur pula seperti berikut: Eden Ultimate (Kuantan), Brunette Beruang (Pulau Pinang) dan Pejabat TicketCharge Pulau Pinang.

Dianggotai Brandon Boyd (vokalis), Mike Einziger (gitaris), Jose Pasillas (pemain dram), Chris Kilmore (pemain keyboard) dan Ben Kenney (pemain bass), Incubus pernah meraih perlbagai anugerah pengiktirafan antarabangsa menerusi kejayaan album ketiga mereka pada tahun 1999, 'Make Yourself' yang menghasilkan beberapa hits, termasuk lagu Drive, yang kekal menguasai carta dan berada kedudukan tertinggi setiap minggu.

Kumpulan ini sudah menghasilkan 8 album studio dan berjaya meraih jualah lebih daripada 13 juta unit di seluruh dunia. Selain Drive, lagu lain yang sering menjadi siulan peminat muzik seperti, Wish You Were Here, Megalomaniac, Anna Molly, Pardon Me dan Are You In?

Pada konsert kali ini, Incubus menjanjkan satu persembahan yang lebih hebat dan bakal mempersembahkan deretan lagu hits sert lagu petikan album kelapan mereka.

..

Kali pertama Incubus mengadakan konsert di ibu negara pada tahun 2004 di Bukit Kiara, kali kedua mereka beraksi pula di Festival Muzik Sunburs pada tahun 2008 dan terakhir pada konsert yang diadakan Stadium Negara, kira-kira enam tahun lalu.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.