Kongsi sedih salah gembira pun salah

PENYANYI Nora Ariffin, 44, mengakui kehidupannya makin mencabar selepas pemergian suami, Johan Nawawi 24 Mac lalu.

Nora atau Wan Norafizah Ariffin berkata, dia tidak ambil pusing dengan setiap komen netizen yang beranggapan dia kembali ceria selepas melalui detik paling berat dalam hidup menerusi perkongsian gambar dan video di Instagram.

“Sebelum ini ada pengikut mempersoalkan mengapa saya selalu memuat naik gambar bersedih sehingga ada yang bertanya adakah saya belum menerima hakikat mengenai kehilangan ini.

“Tapi apabila saya berkongsi kehidupan peribadi yang kini sibuk memenuhi undangan nyanyian sehingga ada yang melihat saya gembira dan berasa seronok, masih ada mulut jahat yang mengata.

“Bagaimanapun saya tidak ambil peduli asalkan Allah tahu niat sebenar saya,” katanya kepada Harian Metro.

Kata Nora, dia sedar kehidupan perlu diteruskan seperti biasa demi keluarga dan anak-anak.

“Tanggungjawab saya kini makin besar dan perlu bekerja keras demi anak-anak. Sampai satu tahap saya tidak ambil pusing apa orang nak cakap kerana saya perlu teruskan hidup dan menyara anak-anak.

“Alhamdulillah anak-anak memberi kekuatan kepada saya dan selalu bersama ketika saya memerlukan. Malah kawan-kawan juga ada yang mendekati memberikan sokongan,” katanya.

Nora akui perasaan sepi itu pasti ada tetapi dia menerima ketentuan Yang Maha Esa dengan reda.

“Orang kata senyum di bibir tapi di hati tiada siapa yang tahu,” katanya.

Sebagai kenangan untuk arwah, Nora merakamkan single terbaru, Ada Dalam Tiada ciptaan Sirkhan dan lirik oleh Habsah Hassan.

Katanya, lagu itu tribute khas untuk suami serta insan yang pernah melalui saat kehilangan insan tersayang.

Nora dan Johan berkahwin pada 9 April 1993 dan mereka dikurniakan empat cahaya mata, Mohd Syakir Iman, 24; Mohd Syakir Alif, 18; Putri Nur Dahlia, 13, dan Putri Nur Fatehah, 5 .
Kongsi sedih salah gembira pun salah Kongsi sedih salah gembira pun salah  Reviewed by Kakigosip on 20:23:00 Rating: 5
Powered by Blogger.