Berita Terkini
recent

Kolaborasi sempurna

Walaupun lagu Perfect nyanyian dan ciptaan Ed Sheeran sudah berkumandang dan popular sejak September lalu, nampaknya lagu ini melangkah ke satu lagi fasa berbeza.

Sejak 30 November lalu, Perfect versi duet antara Ed dan Beyonce mula tular dan mencuri perhatian peminat seluruh dunia.

Mana tidaknya, ia umpama fenomena apabila dua bintang bergabung dalam sebuah karya yang sempurna.

Masih mengekalkan susunan muzik ringkas akustik, Beyonce mengalunkan versi kedua dengan persepsi daripada seorang wanita.



Secara tak langsung, lagu ciptaan Ed untuk teman wanitanya ini seperti diangkat Queen Bey dengan caranya tersendiri.

Bahagian harmoni kedua-dua vokal penyanyi ini juga kedengaran sangat merdu dan membuai sambil mendalami lirik yang disampaikan.


Ed dalam satu temu bual bersama media antarabangsa berkata, proses penyatuan dalam Perfect Duet berlaku agak pantas.

“Saya ada alamat e-mel untuk berurusan dengan Beyonce dan saya e-melkan lagu Perfect kepadanya. Kami kemudian berhubung menerusi telefon dan semua itu berlaku pada Mei.

“Beyonce bersalin pada Jun dan kami selesaikan rakaman lagu ini pada September. Proses rakaman juga hanya berlangsung sekali dan ia sudah cukup sempurna,” katanya.

Sejak dimuat naik ke YouTube pada 30 November lalu dan dilancarkan secara rasmi pada 1 Disember lalu, video audio Perfect Duet mencatat 19 juta tontonan.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.