Kematian Artis Kesayangan Buat Fans Lebih Peka Bahayanya Depresi

Biarpun sudah tiga hari berlalu, peminat kumpulan KPop berpengaruh SHINee di seluruh dunia termasuk di Malaysia masih lagi bersedih dan terkejut atas kematian ketua kumpulan itu, Kim Jong Hyun.

Pemuda berusia 27 tahun ini dipercayai membunuh diri dengan cara menghidu gas karbon dioksida beracun. Jung Hyun nekad dengan keputusan itu selepas tidak mahu lagi menanggung depresi yang teruk yang dialami sejak beberapa tahun kebelakangan ini.



Bagi Shawols (gelaran untuk peminat), berita yang mereka dengar pada petang 18 Disember lalu bagaikan satu mimpi paling ngeri dalam hidup, lawak paling tak kelakar ataupun prank paling jahat. Ratusan ribu peminat seglobal mula mendesak dan merayu supaya apa yang mereka dengar itu tidak betul sama sekali. Lantas, platform media sosial seperti Twitter, Instagram dan Facebook menjadi tempat mereka untuk meluahkan rasa kesedihan yang walaupun sukar diungkap dengan perkataan.

..

Hashtag seperti #RIPKimJongHyun #RosesKimJongHyun #SHInee dan #YouDidWellJongHyun trending seluruh dunia. Meskipun rata-rata peminat tidak pernah kenal rapat mahupun bersua satu sama lain tetapi pada malam itu, mereka 'berkumpul' dan saling menenangkan antara satu sama lain dengan menulis komen dan kata-kata semangat di akaun masing-masing - bukti impak KPop mampu menyatukan peminat global.

Sementara media-media di Korea melaporkan, selain puluhan rakan artis hadir, lebih 1000 peminat tempatan (malah ada peminat di luar negara yang segera datang ke Korea) berkumpul di hadapan Perubatan Asan, Seoul bagi memberikan penghormatan terakhir kepada artis kesayangan mereka itu selama dua hari iaitu dari Selasa hingga Khamis (hari ini).

..

Tak hanya itu, fandoms (kelab-kelab peminat) di seluruh negara seperti Amerika, Rusia, Mexico, Thailand, Singapura juga berkumpul melakukan acara penghormatan terakhir di negara masing-masing.

Berita kematian Jung Hyun juga menarik perhatian beberapa selebriti tanah air juga pakar dan doktor psikologi. Antaranya seperti Imran Ajmain yang memuat naik status berkongsi perasaannya yang memahami apa yang dirasai para peminat SHINee ketika ini.

..

Pelakon Nazim Othman juga ada berkongsi posting turut bersedihdan penyanyi rap Caprice juga ada memuat naik video berkongsi pandangan tentang situasi dan kesedihan yang dirasai peminat SHINee ketika ini.

..

Namun tatkala perasaan duka masih menyelubungi para peminat, ada sesetengah netizen yang menganggap para peminat terlalu emosi dan berlebih-lebih. Seperti biasa, mulalah muncul 'ustaz-ustaz' dan 'ustazah-ustazah siber' yang melemparkan hujah-hujah. Tak kurang memberi komen secara sinis mempersenda, mengejek dan mengeji reaksi dan kesedihan yang diluah peminat. Ada yang beranggapan tidak ada gunanya bersedih atas pemergian orang yang bahkan tidak pernah dikenal secara langsung apatahlagi ada tiada hubungan pertalian darah mahupun seagama. Apatahlagi Hyung Jun mati dengan cara membunuh diri.



🌹🕯
@InnaSyafina
Thank you Caprice for your wise words about Jonghyun, thank you so much we really appreciate it 🙏💕🇲🇾#RosesForJonghyun#StayStrongShawols

10:35 AM - Dec 20, 2017
 7 7 Replies   599 599 Retweets   784 784 likes
Twitter Ads info and privacy
Mujur ramai peminat bijak menangani provokasi-provokasi haters dan menunjukkan pemikiran yang cerdik dan matang dalam memberi respon terhadap komen-komen negatif haters yang rata-rata 'galak' menunjukkan mereka (haters) sebenarnya kurang pengetahuan dan pemahaman tentang masalah depresi.

Sementara itu, seorang pakar juga penulis buku perubatan dikenali sebagai Dr. Kamarul Ariffin menerusi Twitter miliknya @dr_chaku, berkongsi panjang lebar mengenai definisi dan fahaman tentang depresi. Posting pegawai perubatan di Hospital Sultan Ismail itu mendapat lebih daripada 1000 re-tweet. Info yang dikongsi beliau secara tidak langsung menambahkan kesedaran, pengetahaun dan pemahaman serta menjadikan peminat lebih peka tentang apakah sebenarnya penyakit ini.

 QQQQ

..

..

Lantaran sejak malam tadi, di Twitter, topik penyakit depresi hangat diperkatakan peminat. Ada antara mereka saling bertukar pandangan, saling berpesan antara satu sama lain betapa bahayanya depresi dan ia tidak boleh diambil mudah. Selain ada juga yang berkongsi tips menanganinya.

..

Kim Jong Hyun bukan artis pertama yang membunuh diri kerana masalah depresi. Antara artis antarabangsa yang membunuh diri akibat masalah depresi seperti aktor terkenal Robin William, bintang Marilyn Monroe, vokalis Nirvana iaitu Kurt Cobain, aktres Lucy Gordon yang pernah membintangi filem Spiderman 3 dan pada 21 Julai lalu, peminat kumpulan Linkin Park satu dunia dikejutkan dengan berita vokalis Chester Bennington mengangtung diri juga dipercayai berpunca kerana mengalami masalah depresi.
Kematian Artis Kesayangan Buat Fans Lebih Peka Bahayanya Depresi Kematian Artis Kesayangan Buat Fans Lebih Peka Bahayanya Depresi Reviewed by Kakigosip on 17:42:00 Rating: 5
Powered by Blogger.