Kejutan manis Ashraf Muslim, Mia Ahmad

BAGI pelakon Ashraf Muslin dan Mia Ahmad, kedua-duanya sangat terkejut kerana telah dipilih sebagai penerima Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dan Pelakon Wanita Terbaik menerusi drama Mr. Boss, Miss Stalker di dalam Anugerah Telenovela 2017 yang berlangsung minggu lalu. 

“Sepanjang 12 tahun, inilah kali pertama saya menerima anugerah seperti ini.  Tercalon tu pernah tapi menang belum lagi mahupun anugerah popular atau pun terbaik.  Walaupun ia adalah Anugerah Telenovela dan bukan seperti anugerah besar yang lain tapi saya tetap menghargainya. 

"Biarlah saya bermula dari bawah dulu.  Inilah anugerah pertama saya dan lebih menghargainya kerana mendapat pengiktirafan daripada para juri.  Impak dari segi cabaran pastinya orang aspek lebih tinggi. Insya-ALLAH, selepas ini saya akan buat yang lebih baik, ” jelasnya yang baru pulang daripada mengerjakan umrah.

Pelakon cantik Mia Ahmad sebelum ini pernah menerima anugerah melalui undian populariti namun anugerah yang dinilai terbaik oleh juri ini dianggap lebih manis. 

“Ini juga anugerah pertama yang terbaik bagi saya. Insya-ALLAH selepas ini saya berharap akan diberikan watak-watak yang lebih mencabar lagi. 

“Ya, saya akan memilih watak kerana saya pun duduk jauh bersama suami di Johor Bahru, jadi alang-alang tu lebih baik saya pilih watak yang benar-benar mencabar saya dan lain daripada yang lain. 

“Saya mahukan watak yang boleh membuatkan orang menangis dan dapat bermain banyak dengan emosi,” terangnya.
Kejutan manis Ashraf Muslim, Mia Ahmad Kejutan manis Ashraf Muslim, Mia Ahmad Reviewed by Kakigosip on 05:28:00 Rating: 5
Powered by Blogger.