Keguguran, Mia Ahmad berpantang 20 hari

PELAKON cantik Mia Ahmad, 29, yang keguguran awal Disember ini menjelaskan bahawa dia telah menjalani tempoh berpantang seperti wanita lain.

Jelasnya, ini merupakan kehamilannya yang pertama, justeru dia tidak mempunyai banyak pengetahuan.

"Pada awalnya saya pun tak pasti sama ada nak berpantang atau pun tidak sebab ini merupakan pengalaman pertama saya, hamil walaupun sekejap.




"Tapi bila tanya orang itu orang ini dan tanya mak, semuanya suruh berpantang, jadi saya pun berpantanglah 20 hari seperti yang disarankan.

"Cuma saya tak adalah tunjuk beritahu semua orang yang saya ketika itu sedang berpantang," ujarnya.

Mungkin tidak mahu terus bersedih, Mia bagaimanapun tidak mahu berkongsi punca keguguran tersebut.

Ketika diusik dengan kata-kata, selepas gugur, akan mudah lekat, Mia hanya ketawa dan mengaminkan sahaja.
Keguguran, Mia Ahmad berpantang 20 hari Keguguran, Mia Ahmad berpantang 20 hari Reviewed by Kakigosip on 05:33:00 Rating: 5
Powered by Blogger.