Berita Terkini
recent

Kata sakit perut, rupa-rupanya...

Seorang lelaki di India yang mendakwa sakit perut mengejutkan doktor dengan imbasan sinaran X beliau.

Menurut laporan CNN, doktor mendapati terdapat berpuluh-puluh objek yang dianggarkan seberat lebih 5 kilogram dalam perut Maksood Khan, 28.


"Dia kata dia sakit perut sejak bulan lepas. Lepas pemeriksaan am dijalankan, kami mendapati mangsa mengalami jangkitan pada bahagian perut dan tekanan darah rendah. Beliau dalam keadaan kritikal," kata Dr Priyank Sharma.

Ahli keluarga Maksood kemudian mengatakan mangsa 'makan benda pelik', menyebabkan doktor membuat imbasan sinaran X.


Hasilnya, doktor menemui objek besi antaranya bilah pisau cukur dan paku dalam perut Maksood.

Maksood kemudian dibedah pada 24 November lalu dan jumlah objek yang dikeluarkan dari perut Maksood mengejutkan.


"Kami jumpa kru, rantai, 263 duit syiling dan lebih kurang 100 paku. Pembedahan ambil masa 3 jam," kata Ketua Unit Bedah Hospital Ganjay Sandhi, Dr APS Gaharwal.

Maksood kini dilaporkan stabil dan beransur sembuh dari luka pembedahan.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.