Berita Terkini
recent

'Kalau kahwin saya kongsi'

PENYANYI Siti Nordiana, 33, berjanji tidak akan merahsiakan berita perkahwinannya jika mendirikan rumah tangga nanti.

Katanya, buat masa ini belum ada perancangan itu, malah calon pun tiada lagi sekaligus menafikan khabar angin mengatakan dia bakal berkahwin dengan pengurusnya, Anas, sekembalinya dari mengerjakan umrah.

“Tak benarlah dakwaan saya nak berkahwin dengan pengurus sendiri. Hubungan dengannya sekadar rakan sekerja.

“Apa pun, saya serahkan soal jodoh kepada Allah. Kalau ada calon, saya beritahu. Saya harap semua faham dan berhenti membuat spekulasi,” katanya kepada Harian Metro.

Siti Nordiana atau Nana menjelaskan, keberadaan Anas di Makkah mengerjakan umrah bersamanya bukan sebab bakal berkahwin seperti didakwa netizen.

Tegasnya, mereka memang tidak ada apa-apa hubungan.

“Keberadaan pengurus saya di Makkah pun atas pilihannya sendiri kerana dia juga berkawan dengan ustaz yang membawa rombongan jemaah yang kami ikuti.

“Memang jelas tidak ada sebarang perancangan ke arah itu. Apa pun, saya ucapkan ribuan terima kasih kepada peminat yang sayang dan mendokan kebaikan buat saya,” katanya.

Nana yang dijangka pulang dari Makkah esok menegaskan, dia menunaikan umrah bukan untuk berdoa dipertemukan jodoh semata-mata, sebaliknya lebih kepada ditetapkan diri dan iman agar lebih istiqomah dalam kehidupan.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.