Berita Terkini
recent

Kajol Terkenang Insiden Terkepit Pintu 16 Tahun Lalu

Filem Kabhi Kushi Kabhi Gham (K3G) tidak pernah gagal meraih penonton walau sudah berkali-kali di ulang siar di saluran televisyen.



Sejak mula ditayangkan di layar perak pada tahun 2001, kini filem yang dibintangi barisan pelakon hebat seperti Shahrukh Khan, Kajol, Hrithik Roshan, Kareena Kapoor, Amitabh Bachchan dan Jaya Bachchan itu sudah pun mencecah usia 16 tahun.

Satu perjalanan yang cukup panjang dan magisnya sampai sekarang filem bikinan Karan Johar itu masih jadi filem kegemaran ramai.

Namun setelah 16 tahun berlalu, ada kisah unik yang baru didedahkan berkaitan filem tesebut.

Menerusi laman sosial Instagram miliknya, Kajol memuat naik poster K3G dan berkongsi satu dan fakta agak mengejutkan.

Dedahnya, ketika sedang menjalani sesi fotografi untuk poster itu dia sebenarnya dalam keadaan sedang menahan sakit disebabkan jari cedera akibat tersepit pintu. Demi menjayakan sesi fotografi itu, dia mengambil ubat tahan sakit.

"Bukankah ini diambil ketika tanganku tersepit pintu dan saya harus ambil combiflams?" tulis Kajol.

"Ya, saya ingat ketika itu kamu merasa sangat kesakitan!!" balas Karan.

..

'Rahsia' tersebut sebelum ini tidak pernah diceritakan Kajol kepada umum. Namun, walaupun dalam keadaan sakit, Kajol tetap berjaya memberikan ekspresi wajah yang cantik sepanjang sesi fotografi itu. Ini namanya profesional.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.