Berita Terkini
recent

Jurumekap Liza Hanim diterbangkan khas untuk GV

JIKA penyanyi Aishah mendapat tajaan barangan kemas bernilai RM2 juta, berbeza pula dengan cerita penyanyi Liza Hanim.

Pada persembahan final Gegar Vaganza malam ini, Liza bertuah kerana ketiga-tiga busana yang akan dipakainya adalah rekaan pereka fesyen terkenal tanah air, Rizman Ruzaini.

Tidak cukup dengan itu, dikhabarkan juga bahawa mekap artis Khir Khalid akan diterbangkan khas ke Johor Bahru untuk menata rias wajah penyanyi yang terkenal dengan lagu Gelisah Mimpi ini.

“Alhamdulilah rezeki, ramai yang support dari awal hingga ke pentas final ini. Syukur Alhamdulilah. Terima kasih sangat-sangat,” ujarnya terharu.

Memandangkan beliau merupakan antara peserta favourite bergelar juara, sempat diusik meminta ucapan kemenangannya nanti. 

“Alahai janganlah pressure begitu. Semua pun hebat-hebat ni. Aminnn...,” katanya ringkas, ketawa. 


GV4 dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Juara GV4 bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi manakala RM50,000 untuk naib juara dan trofi.

Tempat ketiga, keempat, kelima dan keenam pula masing-masing bakal membawa pulang wang tunai RM30,000, RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 berserta trofi.

Konsert akhir GV4 bakal menyaksikan setiap peserta mempersembahkan dua lagu menerusi tema Berani Ke Idok 2.0? secara solo dan battle di antara bintang GV4.

Ia akan berlangsung di Studio Pinewood Iskandar Malaysia, Johor Bahru.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.