Jumanji bakal cecah RM30 juta

FILEM dinantikan ramai Jumanji: Welcome to the Jungle terus cemerlang apabila mendapat kutipan RM19.4 juta sejak ditayangkan pada 14 Disember lalu.

Meskipun bersaing dengan filem hebat lain termasuklah Star Wars: The Last Jedi nampaknya ia tidak memberi kesan buat filem arahan Jake Kasdan itu.

Menurut Eksekutif Pemasaran Senior Sony Pictures Entertainment Malaysia, Tan Phui Mun, filem itu adalah filem harus tonton buat rakyat Malaysia atas banyak faktor.

“Jumanji adalah sebuah filem yang boleh dinikmati baik golongan kanak-kanak mahupun dewasa. Maka, capaian untuk filem itu lebih meluas memandangkan ia sesuai buat semua golongan masyarakat.

“Jika dilihat pada taburan lokasi, kutipan sangat memberangsangkan di setiap pawagam seluruh Malaysia. Contohnya kalau di sekitar Lembah Klang, kutipan di pusat beli belah IOI Putrajaya sangat tinggi.

“Setakat ini belum ada perancangan untuk filem itu dipanjangkan tayangannya dan kekal dengan tempoh selama enam minggu. Kami mensasarkan kutipan keseluruhannya nanti boleh mencapai RM30 juta,” katanya.

Filem terbabit dibintangi Dwayne Johnson, Jack Black, Kevin Hart, Karen Gillan, Nick Jonas dan Bobby Cannavale.

Ia sebuah filem aksi pengembaraan serta komedi sekuel kepada filem Jumanji pada 1995.
Jumanji bakal cecah RM30 juta Jumanji bakal cecah RM30 juta Reviewed by Kakigosip on 09:11:00 Rating: 5
Powered by Blogger.