Berita Terkini
recent

Jonghyun (SHINee) Bunuh Diri, Wasiat Dermakan Organ

Peminat muzik KPop seluruh dunia digemparkan dengan berita cukup mengejutkan, penyanyi yang juga merupakan ketua kumpulan SHINee, Jonghyun ditemui mati di kediamannya yang terletak di Chundam-Dong, Seoul, pada 18 Disember (semalam).

Lapor Yonhap News, sekitar jam 6 petang, kakak penyanyi itu menjumpai adiknya dalam keadaan tidak sedarkan diri . Jonghyun terus dikejarkan ke hospital Universiti Konkuk namun dia disahkan sudah tidak bernyawa lagi.

Polis mengklasifikasikan kematian bintang berusia 27 tahun itu itu sebagai bunuh diri berikutan laporan polis yang dibuat oleh kakaknya pada kira-kira jam 4.42 petang semalam. Dalam laporan tersebut, kakak Jonghyun memberitahu polis, dia merasakan adiknya hendak membunuh diri.

Berdasarkan hasil siasatan setakat semalam, polis telah menjumpai kuali dan cecair coklat di kediaman artis kesayangan ramai itu. Cecair coklat itu dikenal pasti sebagai briket arang batu (coal briquette). Dia mati akibat terhidu racun karbon monoksida daripada arang batu yang di panaskan di dalam kuali.

Sementara itu, beberapa jam sebelum meninggal dunia, Jonghyun sempat menghantar mesej kepada kakaknya,

"Sudah terlalu berat segalanya bagi saya. Tolong biarkan saya pergi. Beritahu semua orang yang saya menghadapi masa yang sukar. Ini adalah ucapan selamat tinggal yang terakhir saya," tulis mendiang.

Selain itu, kali terakhir dia memuat naik laman sosial Instagram miliknya ialah pada 20 November lalu. Jonghyun memuat naik bait lirik lagu nyanyi Dear Cloud bertajuk Beside You berserta kapsyen "berdoalah agar kau tidak disakiti".

Posting tersebut seolah-olah menggambarkan dia tertekan ekoran beberapa isu dan kontroversi yang mengaitkan anggota SHINee sejak kebelakangan ini. Berkemungkinan Jonghyun mengalami depresi akibat isu yang telah melanda kumpulannya.

Laporan media Korea juga menyebut, Jonghyun telah mendaftar dirinya sebagai penderma organ.

..

Selain Jonghyun, SHINee yang ditubuhkan sejak 2008 ini dianggotai Onew, Taemin Minho dan Key. Kumpulan ini popular dengan lagu seperti Ring Ding Dong, Stand By Me, Dream Girl, Sherlock dan Lucifer.

SHINee pernah mengadakan persembahan di Malaysia menerusi konsert sempena Post-party Perlumbaan Formula 1 Petronas Malaysia Grand Prix™ 2015 yang diadakan di Sepang.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.