Berita Terkini
recent

Jihan, Suami Buat Persiapan Bakal Timang Anak Lelaki

Pengacara dan pelawak Jihan Muse teruja menanti kelahiran cahaya mata sulung sulungnya yang dijangka sekitar Januari depan.



Lapor Kosmo!, Jihan dan suaminya pelakon Ungku Hariz Faizal akan mula membuat persiapan untuk menyambut kehadiran anak lelaki mereka.

Kata Jihan, pada awalnya dia tidak berniat untuk mengetahui jantina bayi kerana inginkan kejutan sewaktu bersalin kelak.

"Saya bukan tidak mahu ambil tahu tetapi biarlah jantina bayi menjadi kejutan. Namun, alhamdulillah setelah mengetahui bakal mendapat bayi lelaki saya akan membuat persiapan kelak.

"Syukur sepanjang kehamilan saya tidak mengalami sebarang alahan atau mengidam apa-apa," jelasnya mengenai usia kandungan yang kini telah memasuki usia 33 minggu.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada Mac tahun lalu.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.