Berita Terkini
recent

Janji Akim & The Majistret

PEMINAT Akim & The Majistret di Singapura pasti teruja apabila band popular ini bakal mengadakan konsert pertama mereka di negara itu.

Konsert anjuran Adi Media Pte Ltd itu akan diadakan di Esplanade pada 26 Januari tahun depan.

Pengasas Adi Media, Nur Dian Mohamad Rashid berkata, konsert berkenaan adalah hadiah kepada peminat Akim & The Majistret terutama dari Singapura yang tidak dapat hadir  di Dewan Filharmonik Petronas, KLCC pada Februari lalu.

“Ia juga sebagai tanda terima kasih kepada peminat di Singapura yang tidak jemu-jemu menyokong mereka.

"Ramadan lalu, mereka mengadakan persembahan di Celeb-Fest Singapore 2017 anjuran kami. Walaupun hanya membawa dua lagu secara akustik, tetapi peminat yang hadir cukup ramai. Saya yakin peminat Akim & The Majistret di Singapura ternanti-nantikan kehadiran mereka. Saya yakin peminat akan enjoy dengan konsert mereka nanti,” katanya.

Konsert berskala besar pertama buat band yang popular dengan lagu Mewangi, Potret, Obses dan Lagu Untuk Laila ini akan bermula jam 8 malam.

Tiket sudah mula dijual sejak 16 November lalu dan sambutannya amat menggalakkan dengan harga SGD148 (Kategori 1), SGD108 (Kategori 2), SGD88 (Kategori 3), SGD66 (Kategori 4), SGD48 (Kategori 5 - restricted view), SGD88 (Kategori 6 -restricted view) dan SGD68 boleh dibeli secara online di www.apactix.com.

Bagi pembeli tiket Kategori 1, mereka berpeluang menghadiri sesi ‘meet & greet’ bersama Akim & The Majistret.

Sementara itu, Akim & The Majistret cukup teruja apabila diberi peluang mengadakan konsert pertama mereka di Singapura.

“Kami berjanji akan memberikan persembahan terbaik. Kami yakin peminat di Singapura tidak akan kecewa,” katanya.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.