"Jangan Tanya Lagi Tentang Hubungan Kami"

Pelakon dan penyampai radio, Zulin Aziz berharap netizen berhenti menganggap dia menjalinkan hubungan istimewa dengan Ahya Rosli sedangkan pelakon lelaki itu kini intim dengan produser popular, Datuk A Aida.



Memetik laporan Harian Metro, Zulin berkata, keakraban dan pendedahan A Aida mengenai hubungannya dengan Ahya membuktikan bahawa dia dan pelakon itu hanya sekadar kawan baik sekali gus mendoakan yang terbaik buat sahabatnya itu.

"Saya lihat Ahya dan A Aida begitu secocok. Barangkali ketika sama-sama mengerjakan Umrah baru-baru ini mereka mendapat petunjuk dan hidayah. Lagipun jodoh pertemuan semuanya di tangan Tuhan.

"Kita doakan yang baik-baik buat pasangan ini. A Aida juga baik dengan keluarga Ahya.

"Siapapun pilihan Ahya pasti dia mempunyai alasan tersendiri. Mungkin Ahya ‘terpikat’ dengan A Aida kerana sifat matang serta pandai mengambil hati keluarga," katanya.

"Saya harap jangan ada pihak yang bertanya atau komen mengenai hubungan kami. Kadangkala saya lihat netizen gemar membuat spekulasi mengenai setiap gambar dan video yang dimuat naik.

"Saya tidak pernah sekalipun membuat kenyataan berkawan rapat apatah lagi putus cinta dengannya. Cuma tidak dinafikan ada pihak yang suka melihat kami bersama kerana sering bertemu sebagai kawan baik serta dia bertindak sebagai jurulatih peribadi saya.

Akui Zulin, kelak sekiranya dia sudah bertemu dengan lelai yang sesuai untuk dijadikan teman hidup dia tidak akan berahsia sebaliknya akan berkongsi dengan peminat.

"Berilah saya masa untuk mengenali hati budi seseorang dan jangan membuat andaian tidak betul. Jika saya sudah menemui teman lelaki saya tidak akan merahsiakannya,” katanya.

Terdahulu penerbit Datuk A Aida mendedahkan sedang berkawan dengan Ahya dan tidak menolak sekiranya ditakdirkan bersama. Gosip mereka dikatakan bercinta timbul bersama selepas Ahya dan A Aida Sama-sama menunaikan ibadah umrah.

Disebabkan itu, ramai yang beranggapan dan melemparkan komen di Instagram Zulin mengatakan dia dan Ahya sudah tidak lagi menjalin hubungan cinta.
"Jangan Tanya Lagi Tentang Hubungan Kami" "Jangan Tanya Lagi Tentang Hubungan Kami" Reviewed by Kakigosip on 11:20:00 Rating: 5
Powered by Blogger.