Janet Jackson Kembali Pada Bekas Kekasih

Lapan bulan selepas perpisahannya dengan bekas suami, Wissam Al-Mana, Janet Jackson dilaporkan kini sudah kembali menjalin semula hubungan cinta dengan bekas kekasihnya Jermaine Dupri.

Lapor US Weekly, sejak akhir-akhir ini penyanyi berusia 51 tahun itu dikatakan akrab dengan Jermaine ketika mengadakan konsert jelajah Amerika Syarikat yang diberi nama 'State of the World'.

"Mereka saling berpelukan dan berpegangan tangan. Mereka seratus peratus kembali bersama dan kembali jatuh cinta," dedah sumber.

Namun sehingga kini, masih belum ada kenyantaan rasmi daripada kedua-dua belah pihak mengenai khabar tersebut.

Sebelum ini, Janet Jackson dan Jermaine sempat menjalin asmara selama tujuh tahun. Namun, keduanya memutuskan untuk berpisah pada 2009.

Janet mendirikan rumah tangga dengan Wissam Al Mana pada 2012 sebelum bercerai pada April lalu. Mereka di kurniakan seorang anak lelaki diberi nama Eissa, kini berusia 11 bulan.

Janet Jackson Kembali Pada Bekas Kekasih Janet Jackson Kembali Pada Bekas Kekasih Reviewed by Kakigosip on 12:19:00 Rating: 5
Powered by Blogger.