Jaga anak, Amar Baharin tak tidur malam

PELAKON Amar baharin mengakui kehidupannya kini sudah berubah 360 darjah selepas bergelar bapa kepada cahaya mata comel, Aqeef Anaqi, dua bulan.

Meski perlu berdepan dengan rutin baru untuk menguruskan keperluan anak, Amar tidak pernah melihat ia sebagai sesuatu yang membebankan, sebaliknya bahagia dengan fasa yang dilaluinya bersama isteri.

“Sepanjang dua bulan semenjak ada anak ini, saya memang tidak dapat tidur malam kerana berjaga menguruskan anak, bertukar syif dengan isteri atau ibu mertua yang jaga anak di sebelah siang.

“Memang penat, tetapi pengalaman yang dilalui itu begitu membahagiakan saya. Malah dalam masa yang sama, seronok menggalas tanggungjawab sebagai seorang bapa bermula saat dia dilahirkan sehinggalah ke hari ini,” ujarnya.

Teruja berkongsi perkembangan cahaya mata sulungnya di akaun instagram yang diwujudkan atas nama Aqeef Anaqi, hero drama popular Kerana Terpaksa Aku Relakan ini, mahu menjadikan akaun ini sebagai album memori buat anaknya.

“Apa yang saya lakukan ini bukanlah kerana mengikut trend dan sebagainya. Sebaliknya ia lebih kepada perkongsian dengan peminat di luar sana yang ingin mengetahui tentang perkembangan anak kami baik sebelum mahupun selepas dia dilahirkan.

“Selain itu semestinya ia untuk memori anak kami nanti apabila dia sudah besar dan dapat melihat sendiri perkembangan dirinya dari saat dilahirkan sehingga ketika dia melihat memori itu,” katanya.
Jaga anak, Amar Baharin tak tidur malam Jaga anak, Amar Baharin tak tidur malam Reviewed by Kakigosip on 07:49:00 Rating: 5
Powered by Blogger.