Berita Terkini
recent

Jadual Wanna One terlalu padat

Annyeonghaseyo!!! Apabila kerjaya memuncak, itu masanya jadual selebriti Korea Selatan padat dengan pelbagai aktiviti seni.

Bagaimanapun, keadaan itu akan membuatkan kebanyakan mereka terpaksa mengabaikan kesihatan dan itu yang berlaku kepada kumpulan WANNA ONE.

Amat mengejutkan, sejak November lalu kumpulan ini langsung tidak dapat berehat. Ia sekali gus mengundang kebimbangan ramai terutama peminat.

Berdasarkan jadual yang tersebar baru-baru ini, agensi kumpulan itu seperti tidak mahu melepaskan satu pun tawaran yang datang.

Kerisauan peminat kian memuncak apabila seorang daripada anggota WANNA ONE iaitu Kang Daniel jatuh sakit. Disebabkan itu dia terpaksa direhatkan buat sementara waktu.


Difahamkan tahap kesihatan penyanyi itu merosot teruk memandangkan dia tidur kurang sejam setiap hari. Bahkan, dia boleh terlelap ketika makan berikutan terlalu penat.

Pada bulan lalu, kumpulan ini menghadiri hampir semua acara hiburan termasuk muncul di karpet merah, program TV, radio dan konsert.

Bahkan mereka terbang ke Jepun, Hong Kong dan Vietnam demi memenuhi undangan anugerah MAMA tahun ini.

Kesibukan kumpulan ini berganda bulan ini apabila terikat dengan rangka promosi konsert WANNA ONE Premier Show dan melunaskan siri jelajah.

Terbaru, SBS mengesahkan WANNA ONE antara selebriti yang akan menjayakan acara tahunan paling dinantikan ramai, Gayo Daejeon 2017.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.