Berita Terkini
recent

Jadi H.O.T versi 2017

Nampaknya jadual aktiviti kumpulan WANNA ONE padat sepanjang tahun. Sejak menjadi fenomena, kumpulan ini terus menjadi buruan pelbagai pihak.

Tidak dinafikan, kumpulan dianggotai Kang Daniel, Park Ji-hoon, Lee Dae-hwi, Kim Jae-hwan, Ong Seong-wu, Park Woo-jin, Lai Kuan-lin, Yoon Ji-sung, Hwang Min-hyun, Bae Jin-young dan Ha Sung-woon itu padat dengan pelabagai undangan.

Terbaru, lima anggotanya bakal menjayakan acara yang didedikasikan kepada kumpulan legenda H.O.T di 2017 SBS Gayo Daejun.

Sumber dalaman SBS mengesahkan pembabitan kumpulan terbabit yang semestinya menjadi satu penghormatan besar.

“Ha Sung-woon, Hwang Min-hyun, Kang Daniel, Ong Seong-wu dan Park Woo-jin bakal menjalani transformasi menjadi H.O.T versi 2017. Bagaimanapun, lagu yang bakal dipersembahkan belum diputuskan.

“Apa yang pasti, susunan lagu serta gerak tari mereka akan disesuaikan dengan trend sekarang,” katanya.

Menurut laporan media, lima penyanyi itu akan menyanyikan lagu hit H.O.T berjudul We Are the Future.

Setakat ini, persembahan istimewa lain yang akan menggegarkan acara yang dihoskan oleh Yoo Hee Yeol dan IU itu adalah kolaborasi Uhm Jung Hwa dan Sunmi.

Tiga pengacara Inkigayo iaitu Jinyoung GOT7, Jisoo BLACKPINK dan Doyoung NCT juga akan membuat persembahan.

Ramai tertanya-tanya status WANNA ONE yang digabungkan untuk projek khas apabila dikatakan akan dibubarkan dan kembali ke agensi masing-masing dalam waktu terdekat.

CJ E&M menegaskan kumpulan itu akan terus diuruskan agensi YMC Entertainment sehingga penghujung 2018.

Peminat di Malaysia pastinya tidak sabar bertemu 11 anak muda berbakat besar itu yang akan bertandang ke sini bagi menjayakan WANNA ONE 1st Fan Meeting “WANNABE LOVED” inKualaLumpur pada 19 Januari nanti.

Tiket acara itu habis dijual apabila dilancarkan pada 5 November lalu. Pada hari pertama saja, 80 peratus tiket terjual sekali gus membuktikan WANNA ONE sangat digilai di sini.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.