Isteri Zarul faham

PENYANYI Zarul Husin yang kini bergelar pelakon berharap penonton tidak terbawa-bawa dengan emosi sehingga menghentam lakonannya dalam drama Syurga Yang Kedua.

Zarul atau Zairulkefli Husin, 44, berkata watak Danial yang berkahwin dua lakonannya itu memang terjadi dalam masyarakat.

“Saya yakin ada peminat wanita akan berasa marah dengan tindakan Danial berpoligami. Kalau nak kutuk atau kritik boleh tetapi untuk watak Danial saja.

“Saya hanya melakonkan watak. Namun saya faham peminat hari ini boleh membezakan antara lakonan dan realiti. Pesan saya, jangan terlalu emosi ketika menonton drama ini,” katanya kepada Harian Metro.

Drama Syurga Yang Kedua yang mula bersiaran jam 6 petang ini di Astro Prima, Zarul akui bukan mudah untuk menjiwai watak Danial dan tentunya lebih sukar melaluinya dalam dunia realiti.

“Kalau dalam lakonan pun susah, inikan pula dalam realiti. Apatah lagi mereka yang melalui kehidupan poligami.

"Sebenarnya poligami jadi mudah jika lelaki itu mengikut ajaran agama sebetulnya. Mereka juga sepatutnya memberitahu isteri pertama jika ingin berkahwin lagi,” katanya.

Mengenai penerimaan isteri, Intan Nur Fathihah, Zarul berkata isterinya sangat memahami.

"Isteri tahu saya hanya berlakon dan menjiwai watak. Dia juga faham kerja saya sebagai pelakon dan saya sangat sayangkan isteri," katanya.
Isteri Zarul faham Isteri Zarul faham Reviewed by Kakigosip on 20:07:00 Rating: 5
Powered by Blogger.