Berita Terkini
recent

Israel serang Syria, sasar kubu tentera

 Israel telah melancarkan peluru berpandu darat ke darat yang disasarkan pada kubu tentera di luar Damascus, semalam.

Menurut laporan BBC, serangan tersebut menyebabkan kerosakan sebelum dua peluru berpandu Israel dipintas.

Agensi pemerhati hak asasi manusia melaporkan berlaku beberapa letupan berhampiran Damascus.

Kadar kerosakan masih belum disahkan tetapi stesen televisyen nasional mengesahkan terdapat 'kemusnahan kelengkapan'.

Angkatan tentera Israel masih belum mengesahkan samada pihaknya bertanggungjawab dalam serangan tersebut.

Israel sebelum ini pernah menyerang beberapa lokasi simpanan senjata di Syria sebagai usaha melumpuhkan bantuan Syria kepada militan Syiah, Hezbollah.

Konvoi senjata juga menjadi sasaran serangan peluru berpandu Israel sebelum ini.

Sementara itu, laporan BBC juga mengatakan Iran sedang membina markas tentera kekal berhampiran Damascus.

Sumber dari risikan menggunakan imej satelit menunjukkan pembinaan markas tersebut.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sebelum ini pernah memberi amaran yang Israel tidak akan membenarkan Iran meletakkan logistik ketenteraan di Syria.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.