Iqram tolak pelawaan Mufti Wilayah tapi...

PELAKON Iqram Dinzly menolak pelawaan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang menjemputnya ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di Putrajaya untuk lebih mengenali antara satu sama lain.

Iqram menerusi Instagramnya berkata, pelawaan itu terpaksa ditolak kerana mahu menumpukan perhatian terhadap ibunya masih dalam iddah.

“Buat Mufti Wilayah @drzulkifli.albakri yang hamba hormati, hamba mengucapkan berbanyak terima kasih kerana sudi prihatin dengan apa yang terjadi.


“Maaf sekiranya hamba menolak untuk berjumpa dengan tuan hamba di Luala Lumpur untuk berkomunikasi,” katanya.

Tidak menolak secara langsung, malah Iqram pula menjemput Zulkifli untuk ke tempatnya bagi mengupas lebih mendalam apa yang telah terjadi.

“Lebih afdalnya, hamba jemput tuan hamba sudi ke Talaqqi Dinzly Studio untuk mengupas lebih mendalam segala yang terjadi bersama bonda di sisi dan fahami lebih situasi yang terjadi.

“Kerana hamba hormat keputusan bonda yang tidak mahu ke mana-mana selagi masih iddah dan beliau sedang usaha untuk bersemangat kerana terlalu rindu terhadap ayahanda hamba,” tulisnya lagi.

Iqram berharap, situasinya itu dapat difahami dan jemputannya disambut baik.

“Harap memahami dan Insya-ALLAH atas izin Illahi ini semua terjadi. Harap penulisan hamba yang tiada apa-apa lagi marhaen hinanya ini disambut baik tanpa rasa diri hamba hebat mahupun bongkak rasa.

“Besar hati menerima kehadiran tuan hamba untuk berkongsi rasa dan rahsia bersama bonda hamba keluarga,” jelasnya.

Katanya, pertemuan itu boleh berlangsung pada tahun hadapan dan akan menghubungi sendiri Zulkifli untuk sesi tersebut.

Terdahulu, Zulkifili memberikan surat terbuka menerusi laman Instagramnya kepada Iqram untuk berbincang berkenaan situasi dan keadaan Iqram.

Dalam surat itu juga menyatakan, berkemungkinan akan ada sisi-sisi tertentu yang boleh diusahakan untuk bantuan dan sokongan.
Iqram tolak pelawaan Mufti Wilayah tapi... Iqram tolak pelawaan Mufti Wilayah tapi... Reviewed by Kakigosip on 07:24:00 Rating: 5
Powered by Blogger.