Iqram Dinzly akhirnya undur diri?

TEKA-TEKI kini melanda peminat dan pengikut setia Iqram Dinzly apabila selebriti popular itu berkongsi 'gaya bahasa' yang memberi gambaran untuk tidak lagi muncul menerusi siaran langsung Instagramnya.

Menerusi perkongsian terbaharu, Iqram seolah-olah enggan lagi meneruskan aktiviti hariannya iaitu meluangkan masa menghiburkan peminatnya menerusi siaran langsung di Instagram.

"Usah bermimpi untuk ia terjadi lagi, cukuplah kuburi #LV ini, kerana terlalu perit untuk menikmati caci.

"Bukan bererti undur diri, kaki tidak melangkah seni, malah lagi hendak cabuli netizen yang handal jari jemari beraksi," katanya menerusi perkongsian di Instagram, hari ini.

Perkhabaran itu disambut dengan keluhan peminat yang rata-rata tidak puas dan dahagakan aksi Iqram menerusi siaran langsung.

Peminat Iqram, Keyla Zakiah meminta pelakon popular itu meneruskan siaran langsung yang sering dilakukan Iqram.

"Buat la live, saya suke je sebab kelakar," katanya.

Manakala Seri Ifa pula meminta Iqram menghentikan rajuknya dan mengakui rindu untuk 'bertemu' Iqram menerusi siaran langsung.

"Ala jangan mrajok msih rmai lagi yang berpikiran positif, teruskan perjuangan tuan hamba.

"Rindu live daripada tuan hmba, doa yang baik-baik untuk bonda tuan hamba," katanya.


Sementara itu, sahabat Iqram, Yusuf Azmi mengakui tidak tahu punca yang membawa kepada perubahan perlakuan temannya.

Yusuf  ketika dihubungi Sinar Online berkata, dia dapat melihat perubahan berlaku ke atas Iqram sejak kematian bapanya, Muhammad Saipuddin Ahmad Said .


Iqram berjaya mencuri perhatian netizen dan peminat apabila dilihat sering tampil beraksi pelik menerusi siaran langsung Instagramnya.

Pelakon Janji Diana ini juga mengejutkan dunia hiburan apabila dilihat tampil dengan tarian berahi dan aksi lucah menerusi Insta 'live'nya, baru-baru ini.
Iqram Dinzly akhirnya undur diri? Iqram Dinzly akhirnya undur diri? Reviewed by Kakigosip on 06:13:00 Rating: 5
Powered by Blogger.