Indah Ruhaila bakal akhiri zaman solo

PENYANYI Indah Ruhaila telah mengirimkan kenyataan melalui WhatsApp memberitahu bahawa dia akan bernikah Ahad ini, 24 Disember.

Tulis Indah atau nama sebenarnya, Siti Ruhailah Hussein;

"Assalamualaikum W.B.T



"Saya Indah Ruhaila, ingin mengumumkan bahawa saya akan melangsungkan pernikahan pada 24 Disember ini.

"Terlebih dahulu, saya dengan rendah hati ingin memohon maaf dan menyusun sepuluh jari kerana tidak dapat menjemput rakan-rakan media yang cukup saya sayangi kerana majlis ini diadakan secara sederhana dan dihadiri oleh keluarga terdekat serta sahabat rapat sahaja.

"Saya ingin menjelaskan, bukan niat saya untuk merahsiakan tentang pernikahan ini tetapi demi menghormati permintaan keluarga kedua-dua belah pihak.

"Saya juga akan memberi kenyataan rasmi berserta gambar sejurus selepas majlis berlangsung.

Sekali lagi, saya memohon maaf tulus dari hati.

"How i wish, i can share my happiest moment in life with all of you. Terima kasih kerana terus membantu karier saya selama ini. Doakan yang terbaik untuk saya.

Insya-ALLAH dan Terima Kasih," jelas Indah.

Jun lalu, Indah mengakui pertunangannya dengan Mr. R telah putus selepas empat tahun mereka bertunang.
Indah Ruhaila bakal akhiri zaman solo Indah Ruhaila bakal akhiri zaman solo Reviewed by Kakigosip on 06:57:00 Rating: 5
Powered by Blogger.