Incubus datang lagi

Band rock terkenal Amerika Syarikat, Incubus bakal menemui peminat di negara ini menerusi konsert yang akan diadakan di KL Live, Kuala Lumpur pada 13 Februari depan.

Malaysia menjadi negara kedua Incubus dalam siri Jelajah Asia band berkenaan.

Ini adalah kali kedua band dianggotai Brandon Boyd (vokalis), Mike Einziger (gitar), Jose Pasillas (dram), Ben Kenney (bass) dan DJ Chris Kilmore beraksi di Kuala Lumpur selepas pertama kali datang ke sini pada 2011.

Mereka dijangka mempersembahkan lagu daripada album terbaru berjudul 8 yang menduduki tangga keempat di carta muzik Billboard 200.

Album yang diperkenalkan pada April lalu mendapat sentuhan daripada produser tarian elektronik terkenal, Skrillex.


Ditubuhkan pada 1990, Incubus terkenal menerusi lagu hit mereka seperti Drive, Wish You Were Here, Megalomaniac, Anna Molly, Drive, Pardon Me, Are You In dan Nice To Know You.

Incubus pernah menerima anugerah platinum dan mereka mula dikenali di peringkat antarabangsa menerusi lagu Drive serta beberapa hit dalam album ketiga, Make Yourself yang dikeluarkan pada 1999.

Setakat ini Incubus sudah menjual 23 juta unit album di seluruh dunia.

Mereka pernah membuat persembahan dengan beberapa band rock terkemuka dunia antaranya Foo Fighters, Pearl Jam, Flaming Lips dan Deftones.

Selain Malaysia, Incubus turut mengadakan konsert di Thailand, Singapura, Filipina, Jepun, Indonesia, India, Afrika Selatan, New Zealand, Australia dan Amerika Syarikat.

Tiket menyaksikan konsert anjuran IME Malaysia dan InTour Live ini boleh dibeli menerusi laman web www.ticketcharge.com.my.

Harga tiket RM238 untuk pembeli awal dan RM268 bagi harga biasa.

Brandon turut aktif sebagai pelukis

Selain aktif bersama Incubus, Brandon sempat mencuri masa untuk menumpu perhatian dalam karier sebagai artis seni visual.

Menurut Forbes, penyanyi itu mengendalikan pameran seni selama dua hari di Los Angeles, Amerika Syarikat, baru-baru ini.

Selain hasil seninya, pameran itu turut mengetengahkan karya rakan seni Tasya van Ree, Natalie Bergman dan Diana Garcia.
Incubus datang lagi Incubus datang lagi Reviewed by Kakigosip on 09:08:00 Rating: 5
Powered by Blogger.