Ikhwan dikurniakan anak perempuan


ISTERI kepada penyampai radio popular, Ikhwan iaitu Noor Idayu Mohd Shari selamat melahirkan bayi perempuan, empat hari lalu.

Berita gembira itu dikongsi oleh Ikhwan  atau nama sebenarnya, Mohd Khairul Ikhwan menerusi akaun Instagramnya (IG)  beserta foto bayi anak perempuannya.

"Hi Assalamualaikum auntie and uncle!! Nama saya Nur Aiira Orked. Umur saya 4 hari, Tq doakan Orked.. Alhamdulillah. Orked sihat..," tulisnya.

Malah, bekas penyampai radio Hot FM dan Kool FM ini sempat berkongsi video mengenai pengalamannya mencuci uri, dua hari lalu.

"Alhamdulillah... baby saya dah selamat dilahirkan.. Welcome to the world my liitle princess daddy love you to the Air Max! Ini pengalaman pertama saya mencuci uri.. pengalaman yang mana mungkin ku lupa.. doakan yang baik-baik untuk kami sekeluarga," tulisnya.

Sebelum ini, isterinya itu pernah mengalami keguguran pada Mac lalu.
Ikhwan dikurniakan anak perempuan Ikhwan dikurniakan anak perempuan Reviewed by Kakigosip on 11:54:00 Rating: 5
Powered by Blogger.