Berita Terkini
recent

IG Kim K kena serang dengan 'haters'

 Instagram selebriti Kim Kardashian diserang oleh 'haters' yang meninggalkan komen emoji tikus di gambar yang dimuat naik olehnya sejak semalam lapor E News!

Ini berikutan Kim K memuat naik gambar patung wax daripada salah satu babak video klip suaminya Kanye West yang menampilkan penyanyi, Taylor Swift dengan kapsyen 'Famous'.



Berang dengan tindakannya itu, peminat Taylor Swift berbuat demikian sebagai protes memandangkan Kim K cuba untuk menyalakan api pergaduhan dengan penyanyi tersebut.

Malah peminat Swift juga kelihatan kreatif apabila memberikan komen ular (simbol album baru Swift) makan tikus (simbol untuk Kim).

Terdahulu, pergaduhan antara Kim K, Kanye West dan Taylor Swift terjadi apabila penyanyi 'Look What You Made Me Do' mengecam tindakan West memanggilnya 'b***' dalam lirik lagu tersebut.

Bagaimanapun, Kim kemudian membalas serangan tersebut dengan menyiarkan perbualan West dan Swift di telefon bimbit yang melihatkan dia memberikan kebenaran pada penyanyi rap itu untuk menggunakan namanya.

Susulan itu, Swift berehat selama setahun dari dunia muzik sebelum kembali dengan album barunya, Reputation

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.