Iedil Putra teruja sertai Ola Bola The Musical

PELAKON Iedil Putra, 33, teruja kerana turut terbabit dalam pementasan teater Ola Bola The Musical yang dijangka dipentaskan di Istana Budaya, Februari depan.

Menurut Iedil, kini dia sibuk melalui sesi latihan teater muzikal dan dikatakan akan menjadi show paling panjang.

“Jadi, saya dan isteri akan kerap berada di Malaysia dalam tempoh tersebut,” katanya yang berulang alik antara Malaysia dan Indonesia.

Mengakui lebih selesa untuk berulang-alik, Iedil bagaimanapun bersyukur apabila tawaran di negara sendiri tidak pernah putus.

“Saya belum lupakan Malaysia lagi," kata Iedil sambil ketawa.

Iedil juga mengakui masih aktif lagi berlakon banyak memenuhi projek lakonan di sini.

“Kalau kawan-kawan masih ingat saya, saya masih akan berada di sini. Kalau tak, saya merajuklah dan tinggal di sana,” katanya.

Biarpun pekat dengan slanga Indonesia, pelakon ini berasakan ia bukanlah satu masalah besar.

“Mungkin pertuturan saya sedikit terbawa-bawa tapi sebagai seorang yang berkarakter, kita harus terima watak itu sebaik mungkin.


“Lagipun, majoriti kehidupan saya memang di sini, jadi takkan hilang bahasa itu,” katanya.

Selain Ola Bola, Iedil juga akan muncul dalam tiga filem terbaru antaranya Mak dan One Two Jaga, tahun depan.

Terbaru, kelibat Iedil juga boleh disaksikan menerusi karya adaptasi novelis thriller terkenal, Ramlee Awang Murshid, Mandatori.

“Saya sangat tertarik dengan cerita ini terutama dengan isi yang mahu diutarakan ketika kali pertama membaca skripnya,” katanya.

Selain Iedil, Mandatori yang diarahkan oleh Razaisyam Rashid turut menampilkan Aeril Putra, Alvin Wong, Amerul Affendi, Chew Kin Wah dan Vanidah Imran.

Mini siri enam episod ini menemui penonton menerusi saluran Astro First Eksklusif (480) dengan hanya RM19.10 mulai 14 Disember lalu.
Iedil Putra teruja sertai Ola Bola The Musical Iedil Putra teruja sertai Ola Bola The Musical Reviewed by Kakigosip on 06:22:00 Rating: 5
Powered by Blogger.