Hubungi 911 Minta Tolong Selamatkan Krismas

Mencuri Krismas adalah satu jenayah yang sangat serius, dan seorang kanak-kanak berusia lima tahun tidak akan membiarkan Grinch melarikan Krismas.



Itu sebenarnya satu situasi lucu yang berlaku di Jackson, Mississippi, baru-baru ini. Gara-raga terpengaruh selepas menonton video watak popular Dr Seuss, seorang budak lelaki bernama TyLon Pittman telah menghubungi talian 911 untuk memberi amaran kepada pihak polis tempatan di Byram, Mississippi mengenai rancangan licik Grinch.

"Saya hanya ingin memberitahu kamu sesuatu.

"Berhati-hati dengan Grinch, kerana Grinch akan mencuri Krismas, ok?", kata Pittman kepada pengendali 911 dalam rakaman panggilan pada 19 Disember lalu.

Bagaimanapun, bapa kanak-kanak telah meminta maaf kepada pengendali 911 berkenaan disebabkan panggilan yang dibuat oleh anaknya itu.

"Tidak, tidak, tidak apa-apa, ia adalah perkara paling menarik yang berlaku selama saya mengendalikan panggilan 911," kata pengawai tersebut.

Pegawai yang dikenali sebagai Lauren Develle itu kemudiannya melawat Pittman dan keluarganya.

..

Menerusi satu rakaman video yang dimuat naik di laman sosial, Develle meminta cadangan Pittman bagaimana untuk menghukum Grinch atas perbuatan jahatnya.

"Saya mahu pulang ke rumah saya dan bawa dia ke penjara," kata Pittman.

"Kami boleh membawanya ke penjara jika dia datang dan cuba mencuri Krismas kamu," janji Develle kepada kanak-kanak itu.

"Saya melihatnya di telefon saya," kata Pittman. Dia juga menunjukkan rakaman kepada Develle sebagai bukti.

Mujurlah, Grinch telah dibawa ke muka pengadilan. Pihak polis menjemput Pittman ke balai. Dia membawa Grinch keluar dari sebuah kereta polis dan memasukkan dia ke dalam jel dan menguncinya.

Selepas Pittman memenjarakan Grinch, pihak polis juga memberi ganjaran atas perbuatannya yang baik sebagai tanda hadiah Krismas.

"Saya hadiahkan kamu gari mini dan kereta polis mini ini. Tetapi selepas kamu berusia 21 tahun nanti, datang semula ke sini. Kami akan berikan kamu borang permohonan," kata ketua polis, TeDera Dwayne Graves.
Hubungi 911 Minta Tolong Selamatkan Krismas Hubungi 911 Minta Tolong Selamatkan Krismas Reviewed by Kakigosip on 17:39:00 Rating: 5
Powered by Blogger.