Hot FM mohon maaf isu panggilan hangit

PIHAK pengurusan Hot FM memohon maaf di atas isu panggilan hangit yang hangat diperkatakan ketika ini.

Dalam satu kenyataan yang dikirimkan,  pihak pengurusan memohon maaf kepada semua pendengar Hot FM yang terkesan atas siaran Panggilan Hangit tersebut.

"Hot FM tidak mempunyai sebarang niat untuk mengaibkan dan menyinggung mana-mana pihak terbabit. Isi kandungan adalah berdasarkan permintaan yang telah dicadangkan kepada kami.

"Sekali lagi, Hot FM ingin memohon maaf kepada semua pihak yang telah tersinggung mengenai isu ini. Terima kasih," petikan kenyataan tersebut.

Sebelum ini, segmen Panggilan Hangit Hot FM telah membuat panggilan kepada salah seorang pendengar yang ketika ini sedang menjalankan misi menjelajah satu Semenanjung dengan berbasikal melawat 320 buah masjid dan mengumpul derma untuk disampaikan kepada pihak yang memerlukan.

Untuk itu, pendengar tersebut, Zairi akur dengan kehendak penyampai radio yang meminta dia melakukan perkara-perkara yang dipinta.

Namun, selepas dilaksanakan rupa-rupanya ia hanya sekadar gurauan sahaja.

Oleh itu perkara ini telah mendapat perhatian netizen dan menganggap stesen radio tersebut tidak sensitif.
Hot FM mohon maaf isu panggilan hangit Hot FM mohon maaf isu panggilan hangit Reviewed by Kakigosip on 20:03:00 Rating: 5
Powered by Blogger.