Heather Menzies Urich meninggal dunia

PELAKON 'The Sound Of Music', Heather Menzies Urich, 68, tahun meninggal dunia akibat kanser otak, lapor CNN.

Perkara tersebut disahkan oleh anaknya, Ryan Urich.

"Ibu saya meninggal dunia dikelilingi oleh orang tersayang di rumah kami di Kanada.

"Yang penting ialah ibu saya merupakan seorang pelakon, penari berbakat dan sangat meminati seni dan teater, dia juga mempunyai  rakan-rakan yang terbaik," katanya kepada pemberita.

Beliau memainkan watak Louisa dalam filem musikal tersebut yang terkenal sebagai cuba menipu watak Julie Andrew bahawa dia adalah adik yang lain, iaitu Brigitta.

Selain itu, beliau juga turut berlakon filem seperti 'Outside In' dan rancangan televisyen, 'Spenser: For Hire'.

Dalam pada itu, beliau berkahwin dengan pelakon, Robert Urich pada tahun 1975 dan selepas kematian suaminya pada 2002, dia mengasaskan Yayasan Robert Urich yang mengumpul dana untuk penyelidikan kanser.

Mendiang meninggalkan tiga orang anak dan lapan orang cucu.
Heather Menzies Urich meninggal dunia Heather Menzies Urich meninggal dunia Reviewed by Kakigosip on 05:27:00 Rating: 5
Powered by Blogger.