Hatsune Miku Expo 2017 cipta sejarah

MALAYSIA melakar sejarah apabila Hatsune Miku Expo 2017 diiktiraf sebagai konsert hologram pertama di negara ini oleh Malaysia Book Of Record (MBR).

Konsert tersebut berlangsung semalam di Axiata Arena Bukit Jalil menyaksikan  kehadiran ribuan peminat Hatsune Miku yang ditontonkan secara hologram serta  diiringi muzik yang dimainkan secara langsung oleh manusia.

Sijil pengiktirafan disampaikan Ketua Pegawai Operasi MBR, Christopher Wong kepada Ketua Pegawai Kandungan dan Konsumer Kumpulan Astro, Henry Tan dan Ketua Pegawai Eksekutif Crypton Future Media, Hiroyuki Itoh yang juga merupakan pencipta Miku.





Bagi mereka yang tidak mengenali, Miku merupakan penyanyi berusia 16 tahun, berambut biru dan juga persona homanoid.

Dalam pada itu, selebriti terkemuka tanah air, Zizan Razak dan penyanyi dari Thailand, Chaleeda Gilbert turut menjadi pembukan tirai pada malam semalam.

Momen mengejutkan buat peminat apabila Miku menyanyikan dua lagu dalam bahasa melayu iaitu Chentaku (lagu asal oleh Zizan dan SonaOne) dan Venus di Hujung Jari.

Konsert berlangsung selama dua jam dan hampir 30 lagu dinyanyikan penyanyi tersebut.

Dalam pada itu, uniknya konsert kali ini apabila terdapat peminat-peminat yang turut 'cosplay' pakaian membuatkan suasana menunggu agak menyeronokkan.

Peminat-peminat Hatsune Miku turut mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti pra-konsert termasuk lah di gerai barangan rasmi Hatsune Miku, sesi bersama pemain gitar popular dan sesi bergambar bersama figura bersaiz besar.

Selain itu, konsert tersebut juga boleh ditonton menerusi aplikasi Tamago yang merupakan aplikasi sosial baharu di Asia Tenggara yang memenuhi citarasa penggemar permainan video dan anime, dan ia boleh dimuat turun secara percuma untuk mengakses kandungan-kandungan menarik lain yang berkaitan.
Hatsune Miku Expo 2017 cipta sejarah Hatsune Miku Expo 2017 cipta sejarah Reviewed by Kakigosip on 15:02:00 Rating: 5
Powered by Blogger.