Berita Terkini
recent

Harith Iskander Terharu Terima Anugerah Daripada Duta Finland

Pelawak terkenal Harith Iskander yang meraih gelaran 'Funniest Person in the World' anjuran Laugh Factory di Finland Disember tahun lalu, menerima anugerah itu daripada Duta Finland di Malaysia, Petri Puhakka.



Anugerah itu disampaikan sempena majlis sambutan Hari Kemerdekaan Finland ke-100, malam tadi.

Harith, yang hampir 30 tahun berkecimpung dalam dunia lawak solo, berkata anugerah itu adalah satu penghormatan buat dirinya dan menjadi pemangkin untuk terus terbabit dalam industri hiburan.

"Anugerah ini memang di luar jangkaan saya, ...saya sangat berterima kasih dan menghargainya.

"Insya-Allah, pertandingan yang sama iaitu Funniest Person in the World 2018 akan diadakan di negara ini dan saya akan terbabit dalam pertandingan," katanya selepas menerima anugerah itu.

Pada Disember 2016, sebagai pemenang, Harith memperoleh AS$100,000 (RM448,000) serta melakukan persembahan komedi dalam siri jelajah di Amerika Syarikat selain menerima liputan luas media seluruh dunia.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.