Harap Kekasih Billionair Cepat-cepat Melamar

Hubungan percintaan penyanyi sensasi Rihanna dan billionair berketurunan Arab, Hassan Jameel dikatakan semakin mekar. Terbaharu, pasangan ini dilaporkan telah mengikat tali pertunangan.

Spekulasi tersebut dikuatkan lagi dengan sekeping foto Rihanna di laman Instagram, baru-baru ini. Pada foto tersebut jelas terlihat sebentuk cincin bertakhta belian tersarung di jari manis bintang berusia 29 tahun ini.

Gambar tersebut dirakamkan ketika Rihanna sedang keluar sejurus selepas usai menonton persembahan Chris Rock, di Madison Square Garden, New York pada7 Disember lalu.

Foto berkenaan mendapat pelbagai komen pengguna media sosial sekaligus mendakwa cincin berlian yang tersarung dijari pelantun hits lagu Umbrella itu adalah cincin pertunangannya dengan pewaris perniagaan dan syarikat jenama kereta Toyota di Arab Saudi itu.

..

Bagaimanapun sumber terdekat dengan Rihanna menyangkal dakwaan tersebut namun tidak menafikan bahawa pasangan itu kini memang sedang asyik bercinta. Kata sumber itu lagi, Rihanna sengaja memakai cincin itu sebagai mesej untuk Hassan agar cepat-cepat melamarnya.

"Rihanna sebenarnya belum bertunang. Sekiranya dia bertunang, dia akan berkongsi dengan seluruh dunia.

"Mereka telah menghabiskan masa bersama-sama dan Rihanna sangat serius, tetapi sekarang hanya sukakan perhatian dia memakai cincin besar itu sekaligus dia cuba menghantar mesej secara halus kepada Hassan," kata sumber berkenaan seperti yang dilaporkan HollywoodLife.

Kisah hubungan Rihanna dan lelaki beragama Islam itu mula menjadi bualan umum selepas kedua-duanya pergi bercuti di sebuah destinasi di Sepanyol sekitar Jun lalu.

Hassan pernah pernah berkahwin dengan pakar seni, Lina Lazaar? pada tahun 2012 dan dilaporkan bercerai pada 2017.
Harap Kekasih Billionair Cepat-cepat Melamar Harap Kekasih Billionair Cepat-cepat Melamar Reviewed by Kakigosip on 15:34:00 Rating: 5
Powered by Blogger.