Hadiah Siti untuk anak

PENYANYI Datuk Seri Siti Nurhaliza, 38, hasilkan tiga lagu khas untuk anak sulungnya yang bakal lahir Mac tahun depan.

Siti yang kini hamil enam bulan, mendapat idea mencipta lagu itu ketika berada di bilik air.

Katanya, melodi yang dihasilkan berentak perlahan dan rancak.

“Lagu ini hadiah untuk ‘baby’ saya. Dalam masa sama, orang ramai juga boleh menyanyikan lagu ini untuk anak mereka.

“Lagu ini juga sebagai tanda kenangan untuk anak. Apabila saya nyanyikan, saya boleh ingat dan bila besar nanti, dia tahu lagu ini dicipta khas oleh ibunya,” katanya kepada Harian Metro.

Kata Siti, buat masa sekarang tiga lagu itu belum diserahkan kepada penerbit untuk didengar.

“Kalau dia kata okey, baru saya rakam dan merancang untuk pilih satu lagu terbaik. Insya Allah kalau semuanya berjalan lancar, saya mahu rakam sebelum bersalin.

“Semua melodi ini saya rakam secara ‘humming’ ketika berada dalam bilik air. Tambah pula bulan lalu baru saya ada ‘mood’ nak menyanyi. Jadi, idea menciptakan lagu ini datang secara spontan,” katanya

Siti yang ditemui pada sidang media program CTDK-Ation petang tadi berkata, buat masa ini dia belum bersedia untuk berkongsi jantina bayi dalam kandungan bagi menghormati permintaan suami.

“Semua maklum suami inginkan anak perempuan. Macam saya katakan sebelum ini, kalau anak perempuan nama kena ada Siti. Suami pula nak letak pangkal nama anak dengan A.

“Buat masa sekarang, tidak ada tarikh atau majlis tertentu untuk buat pengumuman. Saya tunggu lampu hijau suami. Kalau dia kata okey, saya pun okey,” katanya.
Hadiah Siti untuk anak Hadiah Siti untuk anak  Reviewed by Kakigosip on 20:30:00 Rating: 5
Powered by Blogger.