Berita Terkini
recent

Giring masih bersama Nidji

KUMPULAN popular dari Indonesia, Nidji menafikan mereka bakal berpecah dan penyanyi utamanya Giring Ganesha akan meninggalkan ahli lain untuk memberikan tumpuan kepada dunia politik.

Selain Giring, Nidji turut dianggotai Andro (bass), Run-D (keyboard), Rama (gitar), Ariel (gitar kedua) dan Adri (drum).

Ditemui di majlis sidang media khas bagi mempromosikan album terbaru Love, Fake & Friendship yang berlangsung di Subang Jaya, pada Sabtu.

Nidji menjelaskan, apabila Giring aktif berpolitik bermula tahun depan, kumpulan Nijdi akan direhatkan buat sementara waktu.

Jelas Andro, anggota kumpulan Nidji sendiri tidak akan berpecah sebaliknya mereka akan mengadakan beberapa projek dengan menggunakan nama Nev+.

“Nev+ sudahpun berkolaborasi dengan beberapa orang artis seperti Dea yang kami tampilkan dalam album terbaru Nidji.

“Kami juga punya projek bersama bekas penyanyi kumpulan Samson, Bam dan Airel dari Noah,” katanya.

Menjelaskan lebih lanjut kata Andro, kemungkinan Nidji akan berehat dalam masa dua tahun sebelum tampil dengan karya terbaru.

“Tambahan pula kami masih lagi mempunyai kontrak dengan syarikat rakaman untuk menghasilkan dua album.

“Jadi tidak mungkin Giring akan meninggalkan Nidji terus dan kami akan bubar,” katanya.

Sementara itu, Giring berkata, walaupun aktif berpolitik namun dia tidak ada masalah untuk bersama Nidji kembali bagi menjalani rakaman untuk album terbaru.

“Cuma situasi kami adalah, saya tidak dapat memenuhi undangan bagi mengadakan persembahan bersama Nidji.

“Konsert kami di Shah Alam, bersama Search dan Hujan, malam tadi, adalah yang terakhir di Malaysia sebelum kami berehat panjang.

“Sementara di Indonesia pula paling akhir kami mengadakan persembahan adalah pada penghujung Disember ini,” katanya.

Sebelum itu, di seberang peminat setia kumpulan Nijdi mula meluahkan kebimbangan mereka apabila Giring mengambil keputusan untuk menyertai politik secara serius.

Pembabitannya dalam politik bermakna penyanyi yang cukup terkenal dengan cara nyanyian dan persembahan bertenaga itu tidak mampu untuk memberikan tumpuan kepada Nidji dan akan meninggalkan kumpulan yang sudah ditubuhkan lebih 15 tahun.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.