Berita Terkini
recent

Gimik cinta menjadi...

Penyanyi Nabila Razali, 25, mengaku tertekan dengan pelbagai kecaman netizen mengenai gimik 'kisah cinta' tidak kesampaian dengan pelakon Aedy Ashraf untuk muzik video lagu Pematah Hati.

Katanya, tidak tahan dengan kecaman itu dia memadamnya dalam tempoh 24 jam.

“Status itu sengaja direka untuk promosi video muzik menampilkan Aedy sebagai model klip.

“Selama tiga minggu digosipkan bercinta dengan Aedy, saya cukup tertekan dengan pelbagai kecaman dari mereka yang tidak setuju dengan hubungan itu.



“Peminat Aedy marah dan patah hati melihat foto mesra kami serta menyangka kami benar-benar bercinta," katanya.

Apa pun, gimik itu membawa kejayaan kepada Nabila apabila video muziknya meraih 500,000 tontonan di laman Youtube dalam tempoh 24 jam dilancarkan.

Ia kini berada di tangga ketiga carta Trending Youtube Malaysia.

Nabila tidak menyangka peminat suka muzik video itu dan menganggapnya satu kejayaan manis sepanjang bergelar penyanyi.

"Terima kasih kepada peminat yang tidak henti memberi komen positif mengenai hasil muzik video ini yang disifatkan bertaraf antarabangsa.

"Saya harap angka tontonan terus meningkat dan mampu meraih 1 juta dalam tempoh seminggu," katanya.

Lagu Pematah Hati ciptaan sepenuhnya Hael Husaini dan Ezra Kong manakala muzik video arahan dua pemuda dari Romania yang menggelarkan diri mereka Storytellrs.

Kata Nabila, dia dan pengurusan bertemu dengan Storytellrs yang kebetulan berada di Malaysia dan bersetuju bekerjasama menghasilkan muzik video itu.

"Perjalanan muzik video ini juga menarik apabila kami bertemu dengan dua pengembara dari Romania ini. Semua idea daripada mereka dan siap sepenuhnya dalam tempoh dua minggu," katanya.

Muzik video itu turut menampilkan selebriti dan personaliti Yaya Zahir, Syada Amzah, Adriana Adnan, Diana Iss dan Diana Dancea.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.