Berita Terkini
recent

Fauziah Nawi cabar diri arah teater Nyanyian Angsa


MENGENALI figura ini ramai yang sudah tahu hasil seninya. Beliau seorang pelakon yang disegani ramai. Berilah apa sahaja watak padanya, pasti tidak pernah dihampakan.

Fauziah Nawi, satu nyawa pinjaman tuhan ini bukan sahaja betah di hadapan kamera malah, beliau antara pengarah teater yang berupaya memberi impak pada setiap sisi watak jelmaannya.

Teater Nyanyian Angsa, bukan kali pertama dipentaskan.

Biar beribu kali, karya agung milik WS Rendra dari Indonesia ini punya magis tersendiri.

Dilakonkan oleh Farah Ahmad yang tidak asing di layar perak, naskhah ini diperkuat dengan dua lagi watak utama iaitu pasangan suami isteri Raihan MJ dan Syel Ramlan.

Naratifnya karya ini bukan mudah untuk dipentaskan.

Tambahan penggunaan dialek Indonesia, Fauziah tidal mahu puisi asalnya dialih basaha.

"Ia puisi panjang. Setiap bait kata punya makna tersendiri. Kerana itu, saya tidak mahu tukar kepada Bahasa Malaysia.

"Kita mula berlatih sejak bulan Mei lagi. Bagi saya, biar lambat asal puas hati," ujarnya ketika ditemui pada malam kedua pementasan.


Biarpun mengambil masa lebih tujuh bulan, ia nyata bukan hasil murahan.

Dipentaskan selama tiga hari di Sanggar Teater milik Fauziah Nawi, naskhah ini turut mendapat sentuhan Iryanda Mulia Ramli selaku komposer dan muzik.

Nyanyian Angsa akan ke Singapura meneruskan pementasannya.

"Alhamdulillah, saya ditawarkan untuk membawa teater ini ke Singapura.

"InsyaALLAH tahun hadapan saya akan menyertai Festival Bulan Raya yang diadakan setiap tahun," katanya yang sudah empat tahun membuat persembahan di sana.

Menurut Fauziah lagi, selain suka kepada naskhah WS Rendra, ia juga sebagai ujian kepada pelakon-pelakonnya.

"Sampai bila mereka nak bawa naskhah ringan? Jika mereka berjaya membawa penonton merasai derita Maria Zaitun, itu sudah cukup buat saya," jelasnya.

Nyanyian Angsa mengisahkan liku ranjau seorang pelacur bernama Maria Zaitun.

Derita Maria Zaitun pada saat akhir hidupnya diceritakan dalam bahasa yang mudah difahami.

Wanita ini berperang dengan kesakitannya, penderitaannya dan sekelilingnya hingga saat kematiannya.

Bagi yang ingin merasai degup rasa si Maria Zaitun, watak utama Nyanyian Angsa ini, masih berbaki malam ini untuk menontonnya.

Sementelah ia bukan hanya karya biasa, penuh emosi, padat rasa, jiwa yang meronta hingga penonton boleh menitis air mata saat tanpa sedar.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.